Saturday, 20 February 2016

Manis Dan Pahit Perniagaan

Teks : Diana Jamrah



Kali ini kita sambung semula ya. :) Julai 2013 bermulalah kisah saya sebagai seorang peniaga sepenuh masa dengan membuka kedai stokis pinggan mangkuk. Ketika ini suami masih lagi bekerja makan gaji sebagai Jurutera IT secara kontrak di syarikat swasta. Hanya saya seorang yang menguruskan kerja-kerja jualan di kedai dari kerja-kerja am hingga ke aktiviti pemasaran dan pembungkusan barang-barang yang dibeli secara online. Menjual online barangan pinggan mangkuk ini memang menuntut kesabaran dan ketelitian yang tinggi untuk proses pembungkusan kerana ia melibatkan barangan kaca. Jadi memang penat bila order banyak dan terpaksa buat pembungkusan seorang diri. Tapi terasa puas sangat bila pelanggan terima barangan dalam keadaan baik.


Jualan online terus memberangsangkan dan meningkat, tetapi jualan "walk-in" di kedai tidak banyak berubah malah semakin menurun. Bulan berganti bulan. Perniagaan hanya mengharapkan jualan secara online sedangkan apabila sewa kedai banyak komitmen perlu dibayar. Sehinggalah perniagaan kedai fizikal saya berusia 1 tahun 5 bulan, saya akhirnya mengambil keputusan menutup kedai. Keputusan yang sangat-sangat susah untuk dibuat. Kerana saya amat minat dengan dunia perniagaan " kitchenware " ini, saya punya impian yang sangat tinggi. Tapi kerana mahu melangsungkan kehidupan keputusan ini harus diambil. Duit simpanan kecemasan pula semakin susut semata-mata untuk menampung kos kedai.


Sebenarnya apabila kita berniaga online, banyak kelebihan penjimatan kos yang kita boleh lakukan berbanding dengan kita buka kedai fizikal. Banyak yang saya belajar dari pengalaman ini. Di sinilah saya telah lakukan kesilapan kerana saya terlalu terburu-buru untuk mempunyai kedai fizikal. Sehingga banyak faktor-faktor penting saya terlepas pandang terutamanya soal modal pusingan, "overhead cost" dan lain-lain.


Pada masa yang sama, suami pula sudah tidak lagi bekerja makan gaji kerana tidak sambung kontrak. Niat suami mahu bersama-sama dan membantu saya berniaga. Tetapi tiada siapa dapat menyangka apa yang kami rancang tidak menjadi. Maka bermulalah fasa "gelap" dalam hidup kami sekeluarga.


Peristiwa ini sangat memberi kesan dan mengandungi 1001 hikmah dan rahmat yang kita tak akan tau. Fasa ini menjadi " turning point " untuk saya dan suami. InshaaAllah berkesempatan nanti saya akan berkongsi tentang apa yang telah kami lalui di saat-saat getir hidup kami.


Kita selalu mendengar orang cakap hidup ini umpama roda, adakala kita di atas dan sampai waktunya kita di bawah. Kalau sebelum ini saya dan suami selalu berasa kami di atas. Hidup dalam serba cukup, tiada masalah kewangan, tetapi Allah telah menguji kami kali ini. Ujian  dan fasa "gelap" kali ini cukup membuatkan kami merasa hidup di bawah.


Fasa gelap yang macam mana tu? :) Nanti saya sambung berkongsi lagi ya..Nak uruskan si putera kecil ni dulu.


Tapi sebelum tu, saya kongsikan sedikit kesimpulan pengalaman menjalankan perniagaan online dan offline atau kedai fizikal. Semoga sedikit pengalaman ini boleh menjadi pengajaran dan panduan untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan.


1) Jika anda mahu mulakan sesuatu perniagaan eloklah mula secara kecil-kecilan dahulu dengan modal yang minimum. Gunakan dahulu medium jualan secara online atau jika mahu offline mungkin boleh mula dengan jual di pasar-pasar yang ada "crowd" yang ramai.


2) Elakkan dari membuka kedai atau kiosk yang kita perlu bayar sewa bulanan yang agak tinggi. Kerana kita akan " terperangkap " dengan komitmen sewa bulanan, pelbagai bil utiliti dan pelbagai kos-kos lain sedangkan aliran tunai kita masih belum kukuh. Atau senang cakap jualan kita hanya cukup-cukup makan.


3) Lokasi. Lokasi. Lokasi. Jika anda mahu mulakan perniagaan secara offline, faktor pemilihan lokasi AMAT penting. Pilih kawasan yang ada ramai orang, kawasan matang dan ada kuasa membeli. Contohnya, jika ada mahu mulakan perniagaan baju atau tudung mungkin boleh mula berniaga di pasar-pasar malam, pasar pagi. Jika mahu berniaga goreng pisang, pilih lokasi ramai orang lalu lalang dan berkumpul. Tapi kena pastikan gerai pacak kita tidak menganggu lalu lintas. Nanti kena angkut dengan majlis daerah pula. Ingat! "Di mana orang berkumpul-kumpul, di situ ada duit"


4) Jika anda mulakan perniagaan secara online, stay focus!! Gali dan terus belajar ilmu pemasaran secara online. Gunakan medium yang ada secara maksima untuk membuat jualan. Jangan ghairah untuk membuka kedai walaupun anda lihat jualan online anda memberangsangkan. Buat perancangan yang baik jika anda mahu membuka kedai untuk perniagaan online anda. Mungkin anda tak perlukan kedai, anda hanya perlukan tempat simpanan barang sahaja untuk dijadikan stor anda. Sewa lebih murah! Jimat!


5) Jaga aliran keluar masuk wang jualan kita. Jangan sesekali campur adukkan duit personal dan duit berniaga. Saya sendiri mengaku saya ada silap di "point" ini. Itu pentingnya kita mesti ada ilmu dalam pengurusan duit perniagaan.


Ok, nanti saya sambung berkongsi lagi ya. Apa yang saya kongsikan di atas ini memang dari pengalaman sendiri. Semoga boleh jadi panduan walaupun sedikit kepada yang membaca.

2 comments:

  1. Terharu dgn perkongsian ini...saya doakan puan dan family baik2 je dan Moga Allah murahkan rezeki puan utk kembali semula dlm bidang ini..amiin

    ReplyDelete
  2. Passive Financial Investment. Sekali Invest, Profit RM600,000.Duduk Diam-Diam Dapat Duit. Terbukti. 

    Assalamualaikum, 

    Channel dicipta untuk sesiapa yg berminat untuk Short Term Investment ( Min. 3 Tahun) atau kurang. 

    Pelaburan adalah berasaskan Forex Trading Platform. 
    Bagi sesiapa yang selalu LOSS dalam berdagang FOREX, Ini peluang terbaik untuk anda. 

    Dengan Follow Trader Profesional ,anda meminimumkan LOSS dalam berdagang dan Profit 15% ke 25% Sebulan. 

    Trader ini adalah Professional Trader dari Rusia yang telah trade dengan profit keuntungan 15% ke 25% sebulan sejak tahun 2014 lagi. Ramai yang telah jadi jutawan dengan hanya melakukan Copy Trade bersama trader ini. 

    Berikut adalah catatan keuntungan trader ini sejak 2014. Beliau berjaya kembangkan Modal USD5,000 ke USD255,000 dengan pengetahuan Teknikal Trading yang dimiliki oleh beliau :- 

    Feb 2014 : 21.35% 
    Mar 2014 : 18.47% 
    Apr 2014 : 18.18% 
    Mei 2014 : 20.01% 
    Jun 2014 : 16.38% 
    Jul 2014 : 21.35% 
    Aug 2014 : 19.31% 
    Sept 2014 : 18.78% 
    Okt 2014 : 21.19% 
    Nov 2014 : 30.00% 
    Dec 2014 : 25.13% 

    Jan 2015 : 22.98% 
    Feb 2015 : 23.53% 
    Mar 2015 : 31.13% 
    Apr 2015 : 29.94% 
    Mei 2015 : 27.27% 
    Jun 2015 : 22.53% 
    Jul 2015 : 26.12% 
    Aug 2015 : 19.83% 
    Sept 2015 : 24.80% 
    Okt 2015 : 19.79% 
    Nov 2015 : 19.79% 
    Dec 2015 : 14.50% 

    Profit 2016 : Sila whatsapp saya untuk details. 

    Anda tidak perlu buat apa2. Just Deposit dan tengok akaun anda GROW setiap hari. 

    Bagaimanakah RM 460 boleh menjadi sehingga RM 60,000 dalam 3 tahun? 

    ATAU 

    Bagaimanakah RM 4,600 boleh menjadi sehingga RM 600,000 dalam 3 tahun? 

    Unjuran Keuntungan Modal RM 460= USD100 (15% Profit Est Setiap Bulan) 
    ============================= 

    Bulan 0 = RM 460 
    Bulan 1 = RM 529.00 
    Bulan 2 = RM 608.35 
    Bulan 3 = RM 699.60 
    Bulan 4 = RM 804.54 

    Bulan 12 = RM 2,461.12 
    BULAN 13 = RM 2,830.28 
    Bulan 14 = RM 3,254.82 
    Bulan 24 : RM 13,167.58 
    Bulan 25 : RM 15,142.72 

    ===================== 
    Bulan 36 : RM 61,260.74 
    ===================== 

    Unjuran Keuntungan Modal RM 4,600 = USD 1000 (15% Profit Est Setiap Bulan) 
    ============================= 

    Bulan 0 = RM 4,600.00 
    Bulan 1 = RM 5,290.00 
    Bulan 2 = RM 6,083.50 
    Bulan 3 = RM 6,996.00 
    Bulan 4 = RM 8,045.40 

    Bulan 12 = RM 24,611.20 
    BULAN 13 = RM 28,302.80 
    Bulan 14 = RM 32,548.20 
    Bulan 24 : RM 131,675.80 
    Bulan 25 : RM 151,427.20 

    ===================== 
    Bulan 36 : RM 612,607.40 
    ===================== 
    Ini formula berdasarkan Profit 15% setiap bulan yang dicatatkan oleh Trader Profesional ini:- 

    Bayangkan jika anda Gandakan Investment anda kepada RM 46,000 . Ia akan membawa pulangan sehingga RM 6 JUTA. 

    Saya akan whatsapp Details Akaun Leader untuk copytrade. Saya juga akan forward Slide Presentation untuk maklumat details. 

    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)
    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH) 
    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH) 

    DAFTAR PERCUMA

    IGOFX KL 
    http://igofx.com/?code=357423
     

    Ramai orang Malaysia yang telah join dan mula profit setiap bulan. Join sekarang untuk masuk ke dalam Grup WhatsApp IgoFx Malaysia.

    ReplyDelete